Coco's Blog

5 JENIS MANDI UTK Kekal Cantik Dan Awet Muda Lepas Bersalin

Selepas bersalin, sememangnya badan akan rasa lesu tidak bermaya. Sebab itulah, mommies digalakkan untuk mengamalkan 5 jenis mandian ini untuk mengembalikan kesegaran tubuh. Mandian ini juga sangat bagus dan dapat mengekalkan kecantikan dan awet muda selepas bersalin.

Malah dengan mandi selepas bersalin ini, mommies akan rasa lebih segar, berseri walaupun masih dalam keadaan berpantang dan berkeyakinan untuk menjaga bayi dengan baik.

Jom cuba!

PERTAMA : Mandi Bunga

Ramai yang menyangka mandi bunga hanya dilakukan oleh bakal pengantin pada hari ini untuk menaikkan seri pengantin. Hakikatnya, ia juga boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja pada pelbagai peringkat umur termasuk mandian untuk ibu-ibu selepas bersalin. 

Kaedah mandi bunga sekarang sudah diakui oleh pakar-pakar kecantikan dan juga sebagai rawatan alternative sebagai satu cara meningkat aura. Ia menggunakan 7 jenis bunga yang wangi dan berwarna warni seperti bunga mawar, melor, cempaka dan lain-lain akan digunakan untuk digunakan dalam mandian.

KEDUA : Mandi Daun

Mandi dedaun adalah mandian yang menggunakan air rebusan daripada pelbagai jenis dedaun yang biasa dilakukan untuk orang bersalin. Setelah selesai bertungku dan berurut, lebih elok mandi menggunakan air rebusan daun daripada mandi menggunakan air biasa. Ini adalah kerana setiap daun yang digunakan mempunyai khasiat tersendiri. Ada baiknya sepanjang tempoh berpantang atau sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu, mandi hendaklah sepenuhnya menggunakan air rebusan daun. 

Jika di kampung, banyak daun kayu dan pucuk muda digunakan oleh ibu atau nenek kita untuk mewangikan air mandi ketika berpantang. Antara daun yang boleh digunakan adalah daun kunyit terus, daun lenggundi (Vitex Negundo), daun secerek, daun pandan, daun lengkuas, daun serai wangi, daun pisang kelat, daun capa, daun inai (Lawsonia Terma), daun bonglai, daun mengkudu (Morinda citrifolia) dan rempah halba. Walaubagaimana pun, daun-daun tersebut sukar untuk dicari terutamannya di bandar-bandar.

KETIGA : Mandi Rempah

Kebanyakan ramuan mandian yang digunakan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri.Walaupun mandian ini mengeluarkan bau yang kurang enak tetapi tidak ramai yang sedar kelebihan di sebalik mandi rempah itu.

Untuk ibu-ibu yang baru bersalin, amalan mandi rempah ketika dalam pantang ini dipercayai dapat membuang angin dalam badan serta memberi kepanasan kepada badan di samping dipercayai dapat mengecutkan rahim, membersihkan ‘vagina’, melancarkan perjalanan darah, menyegarkan badan dan memberi tenaga pada tubuh. Amat digalakkan untuk wanita yang baru lepas bersalin mengamalkan mandi rempah setiap hari dalam tempoh 44 hari mereka berpantang.

Bagi wanita normal, sudah memadai untuk mandi rempah sebulan sekali. Mandi rempah tidak memerlukan anda menyiramkannya pada tubuh, cukup sekadar berendam sehingga 20 minit di dalam air rendaman rempah sahaja. Menurut amalan biasa masa terbaik untuk mandi rempah adalah pada waktu pagi atau petang sebelum senja.

KEEMPAT : Mandi Lulur/Skrub

Ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi. Ketika itu mandian yang menjadi warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, beras pulut, beras pulut hitam dan sebagainya digunakan untuk melulur kulit.

Sebelum wujudnya pelbagai rawatan moden, orang zaman dulu memilih teknik melulur menggunakan tumbuh-tumbuhan, pokok herba dan kekacang bagi memberikan impak pada kecantikan kulit. Ini kerana, melulur kulit menggunakan bahan semulajadi tanpa mengandungi bahan kimia dapat menyalurkan khasiat terbaik bahan-bahan yang digunakan terus ke dalam kulit.

Rawatan lulur atau sental dikatakan punya keunikan dan kelebihan tersendiri untuk tujuan pencerahan kulit. Meluntur menggunakan cara moden pula diperluaskan dengan campuran penggunaan bahan lain seperti alpha arbutin, asid kojic, beta-arbutin, pati beras, mulberi, niacinamide, vitamin C dan emblica yang didapati daripada buah-buahan seperti beri dan lemon. Sebelum ini bahan semulajadi seperti madu dan kunyit digunakan untuk mandi lulur.

Sebelum mandi, seluruh tubuh akan dilulur. Bahan-bahan yang terkandung di dalam lulur akan bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan untuk membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Hasilnya ialah kulit yang halus, lembut dan bersih.

Sejarah mencatatkan permaisuri kerajaan Mesir purba, Cleopatra, bukan saja terkenal sebagai antara wanita paling cantik di dunia, beliau juga dicemburui kerana memiliki kulit lembut, berseri dan halus mulus.

Berdasarkan dokumen lampau yang merekodkan kehidupannya, Cleopatra dilaporkan gemar mandi susu kerana mempercayai kebaikan bahan semulajadi itu pada kulit.

Cleopatra bukan sembarangan wanita kerana walaupun memiliki kecantikan yang memukau, beliau juga pemerintah terakhir Mesir purba, mempamerkan kebijaksanaan biarpun dalam perkara harian termasuk pemilihan bahan penjagaan untuk kulit. Beliau dikatakan gemar berendam dalam mandian susu kambing yang ditabur dengan kelopak bunga mawar. Bunga mawar pula dikatakan mampu mengurangkan bau susu yang sedikit kuat.

Walaupun pada zaman itu tiada bahasa saintifik dapat menggambarkan kebaikan susu pada kulit, sains moden mendapati ia mengandungi komponen yang mampu membersihkan kulit dan memberikan nutrien. 

Susu mengandungi dua jenis asid semula jadi iaitu laktik dan alfa hidroksi (AHA) yang kini banyak dicampurkan dalam bahan kecantikan kerana keberkesanannya memberi rawatan antipenuaan secara lembut.Kedua-dua asid terbabit membersihkan kulit dengan efektif tanpa merosakkannya dengan cara menyisih sel kulit mati daripada tubuh, seterusnya melembapkan kulit.

Apabila disapu pada kulit, ia membantu untuk memulihkan kulit rosak akibat pencemaran persekitaran selain melembapkan kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *