Coco's Blog

Tips untuk kurangkan GEMUK AIR

Mommies pernah dengar tak istilah gemuk air? Bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan yo-yo, mungkin inilah masanya untuk melihat aspek gemuk air dalam badan.

Sebelum itu, pastikan mommies tahu perbezaan di antara gemuk air dan gemuk lemak. Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama untuk wujud dalam tubuh. Manakala gemuk air pula boleh terjadi dalam masa yang singkat. Simptomnya boleh dirasai bila mommies bangun dari tidur dan rasa seperti perut lebih buncit dari biasa, dan bila pakai jeans kegemaran pun rasa ketat.

So, macam mana nak atasi masalah gemuk air ni? Senang je.. Jom ikuti langkah di bawah!

1. Kurangkan karbohidrat

Faktor yang perlu diawasi jika nak kurangkan gemuk air adalah pengambilan karbohidrat perlu dikurangkan.

2. Amalkan minum green tea.

Ia adalah antioksidan yang hebat, membantu membakar lemak, mencegah nafas berbau, melindungi penyakit jantung dan juga mempunyai sifat anti-penuaan. Terhadkan kepada 1-2 cawan sahaja sehari sudah memadai.

3. Amalkan makan sayuran.

Pengambilan sayur-sayuran jelas amat penting kepada piramid makanan manusia. Makanan ini sering diambil oleh ramai wanita yang mahu mendapatkan kulit badan cantik. Sayuran bukan sahaja membantu anda mengurangkan berat badan. Malah, kandungan vitamin C juga  penting buat anda yang berdiet. Karbohidrat kompleks dan protein yang terkandung itu juga akan membantu fungsi-fungsi dalam tubuh dan mengawal jumlah garam dalam tubuh.

Hati-hati: Jangan terlalu banyak mengambil serat secara berlebihan yang penting adalah seimbang antara serat protein dan karbo.

4. Kurangkan pengambilan garam.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, amalkan diet rendah garam dan fokus pada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.

Postpartum Skin Tightening Cream (Hot Lotion)

5. Sapu lotion panas All About Coco Skin Tightening Cream

Antara kelebihan Coco No.1 ini ialah ianya dapat mengurangkan air berlebihan dalam badan. Sapu di bahagian yang terasa buncit atau gemuk air seperti di perut, bawah lengan, punggung dan peha. Mommies akan dapat rasa perbezaan dia dalam masa 4 minggu sahaja.

Macam mana dengan penjelasan ini? Harapnya dapat membantu mommies dan memberi manfaat kepada semua. Jangan stress sangat ok? Sebab ada good news ni nak bagi tahu. Gemuk air juga katanya lebih mudah untuk kurus berbanding gemuk lemak. Good luck!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *