Coco's Blog

Perut buncit sebab GEMUK AIR?

Mommies pernah dengar tak istilah gemuk air? Bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan yo-yo, mungkin inilah masanya untuk melihat aspek gemuk air dalam badan.

Sebelum itu, pastikan mommies tahu perbezaan di antara gemuk air dan gemuk lemak. Lemak dalam tubuh tidak boleh terkumpul dalam masa yang singkat kerana ia mengambil masa yang lama untuk wujud dalam tubuh. Manakala gemuk air pula boleh terjadi dalam masa yang singkat. Simptomnya boleh dirasai bila mommies bangun dari tidur dan rasa seperti perut lebih buncit dari biasa, dan bila pakai jeans kegemaran pun rasa ketat.

So, macam mana nak atasi masalah gemuk air ni? Senang je.. Jom ikuti langkah di bawah!

1. Kurangkan karbohidrat

Faktor yang perlu diawasi jika nak kurangkan gemuk air adalah pengambilan karbohidrat perlu dikurangkan.

2. Tingkatkan pengambilan air untuk membuang semula air yang berlebihan dalam badan.

Dah gemuk air masih kena minum air banyak untuk buang semula air berlebihan ni ke? Ya mommies.. Cara ini terbukti berkesan tetapi hanya untuk jangka masa pendek sahaja.

3. Kurangkan pengambilan garam.

Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, amalkan diet rendah garam dan fokus pada pengambilan buah-buahan dan sayuran segar.

4. Amalkan bersenam.

Cuba bersenam setiap hari untuk meningkatkan degupan jantung dan mengeluarkan peluh. Bersenam dapat membantu keseimbangan air dalam badan.

5. Amalkan makan pisang.

Potassium adalah lawan kepada sodium (garam). Ia penting untuk mengawal keseimbangan bendalir badan.

6. Sapu Coco No.1 Skin Tightening Cream

Antara kelebihan Coco No.1 ini ialah ianya dapat mengurangkan air berlebihan dalam badan. Sapu di bahagian yang terasa buncit atau gemuk air seperti di perut, bawah lengan, punggung dan peha. Mommies akan dapat rasa perbezaan dia seawal 7 hari tau.

Macam mana dengan penjelasan ini? Harapnya dapat membantu mommies dan memberi manfaat kepada semua. Jangan stress sangat ok? Sebab ada good news ni nak bagi tahu. Gemuk air juga katanya lebih mudah untuk kurus berbanding gemuk lemak. Good luck!


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *